Sunday, November 2, 2008

Kaki repot

Nak dijadikan cerita pada jumaat lepas bersamaan dengan 31/10/2008 agak kecoh la jugak dekat pejabat, tapi orang-orang tertentu yang terlibat jer yang tahu, penat jer bila pukul 7 pm baru boleh balik rumah, bila ada la 2 buat syarikat yang buat aduan pada Menteri yang mana mereka lambat dapat sijil halal, kebetulan la pulak kedua-dua kilang tersebut memang aku yang pergi audit, pening jugak la kepala nak menjawab dengan Pengarah tapi nasib baik la aku sudah siapkan hujah pembelaan awal-awal, salah satunya adalah rumah sembelih yang dimiliki oleh orang melayu kilang tu aku memang sokong la, cuma dia tak ada sijil VHM daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sahaja, tapi ada disertakan surat sokongan dari pihak JPH, jadi tak ada masalah untuk diluluskan, satu lagi kilang memang nak jugak guna bahan ramuan yang hanya ada spesifikasi produk sahaja, dah la tak berapa clear, tapi kira ok la cuma kena tunggu untuk dimasukkan dalam mesyuarat Panel Pengesahan Halal.....aku ingatkan hanya orang-orang kat sini la yang kaki repot heheh, kilang pun kaki repot jugak heheh, biasa la main kabel ni, memang dari dulu lagi kan.................................

No comments: