Wednesday, October 22, 2008

Fikir-fikirkanlah

Baca dan nilai sendiri la kawan-kawan kenyataan yang dibuat oleh menteri kita! betul ke tak?

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Sektor perhotelan digalak memohon sijil halal yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dalam usaha menarik lebih ramai pelancong khususnya dari Asia Barat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehubungan itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) telah membuat koordinasi bagi menentukan hotel mendapat sijil halal.

Aspek yang diambilkira dalam pemberian sijil itu katanya, adalah makanan, penyediaan makanan dan perkhidmatan hospitaliti yang lain.

''Lebih banyak hotel yang memohon sijil halal itu, ia akan membawa imej baik yang menarik minat pelancong khususnya dari Asia Barat.

''Kita melihat ada perubahan paradigma yang melihat produk halal bukan sahaja popular di kalangan penduduk beragama Islam tetapi juga pelancong luar," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen.

Ahmad Zahid berkata, pemberian sijil halal kepada hotel-hotel tidak dibuat berdasarkan taraf bintang hotel berkenaan tetapi bergantung pada hasil pemantauan yang dilakukan secara teliti oleh pegawai-pegawai Jakim dan HDC.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengeluaran sijil halal semakin mendapat sambutan dan mencatatkan peningkatan 30 peratus sejak proses pensijilan itu diambil alih oleh HDC.

Katanya, dalam tempoh Jun hingga pertengahan Oktober lalu, sebanyak 525 sijil halal dikeluarkan kepada pengeluar produk halal di Malaysia dan 10 sijil kepada syarikat antarabangsa.

Beliau berkata, selain menyerapkan pegawai-pegawai Unit Halal Jakim, HDC turut menggunakan sepenuhnya makmal di Cyberjaya bagi mengaplikasi kaedah saintifik dalam proses menentukan status halal produk sebelum sijil dikeluarkan.

7 comments:

eiLda epaL said...

heeeeeeeeee...
tak tau nak kata apa perasaan bila dapat tahu pasal nie semua...
sakit hati, rasa malu, dan macam-macam rasa...
sejak HDC ambil alih, 30% peningkatan...???
bukan dari dulu lagi ker, JAKIM beri sijil halal pada hotel...
sekarang bila Halal org dah nampak, JAKIM tak dipandang lagi...
kacaNg lupakaN kulit...
biasalaH oraNg baru, dapat baju baru, suka...baJu lama yang dah lama berjasa, dibuang begitu sahaja...
Hanya Allah SWT sahaja lah yang tahu nak membalas apa kepada manusia-manusia yang hipokrit nie...
sejak bila Cyberjaya ada makmal?

-iDa said...

gerammmmnye...
betui la eiLda, bile masa plak opis lame kt (cYber)tu btukar status kpd lab???stahu aku, ko sowg je y pdh ke lab kLang kn??
oOoooo...lupe plak aku, dak C sume kn "saintis" , tu y ttiba2 tukar bstatus lab...
haMpeh
mmg xsdar dri tul owg hDc nie, blagak je lbh..
stahu aku,sejak hDc abik aliH,bape HoTel je y diaudit???y akTif zMn kite2 kt PutRajaya lg sBb aku y d p'tjwbkn u kuMpuL data hOtel y telah dPt siJil (jAkim n neGeri)...
biAsa la, biLe mEnteri dh bErada d Pihak diOrg tu y sSh laa..
paPe pn nPk hDc je Baguih..
xhArgai lgsg jAsa JaKim ..

ape y mampu kt buat, bDoa n taWakal je..insy

Unknown said...

isk isk iskk...
nrl pun baru tau cter psl ni..
kenapa kna gembar gemburkan cter?
kenapa nk cter benda yg tipu?
sgt memalukan..
tula namanya, tak tau.. tapi nk buat2 tau. konon nk cari publisiti. tp tak bertempat..
kalau la kte boleh masuk parlimen tu.. kan best. kter laser balik hujah2 tu..
HDC ni sgt la syok sndri..
but still nk pakai nama JAKIM lagi. tak leh stand alone la tu.. padan muke. public pun still blurr je psl hdc buat certification.

sazly said...

nurul pakar laser-laser ni... sampai dato pa pun nurul tembak jer... nurul nampak kecik jer dato pa masa meeting panel... cam bleh makan jer.. kan nurul kan.. hehehe.. tak bleh lupa laa masa tu.. bayangkan laaa menteri jadi panel.. mau kena laser jugak menteri tu... dia langsung tak tau nzimp...

haha...
biasa laa tu bila menteri yang tak tau asal usul bercerita...
janji ada cerita nak masuk paper walaupun cerita tu belum tentu betulnya... kalau ada yang membetulnya.. menteri tu akan masuk paper lagi.... glamer la dia..
sabar yer kekawan... ni semua dugaan ...

Barunakbelajar said...

Apayang tak betulnya?Aku tak leh nak nampak..

MyHalal said...

"Beliau berkata, selain menyerapkan pegawai-pegawai Unit Halal Jakim, HDC turut menggunakan sepenuhnya makmal di Cyberjaya bagi mengaplikasi kaedah saintifik dalam proses menentukan status halal produk sebelum sijil dikeluarkan."
-------> Makmal atau pantry??wakakakka. bacuh Kopi dgn air panas n gula..yang tu kot kaedah saintipik?wakakakak..

fakarudinft.blogspot.my said...

Hidup joe..