Sunday, November 2, 2008

Kaki repot

Nak dijadikan cerita pada jumaat lepas bersamaan dengan 31/10/2008 agak kecoh la jugak dekat pejabat, tapi orang-orang tertentu yang terlibat jer yang tahu, penat jer bila pukul 7 pm baru boleh balik rumah, bila ada la 2 buat syarikat yang buat aduan pada Menteri yang mana mereka lambat dapat sijil halal, kebetulan la pulak kedua-dua kilang tersebut memang aku yang pergi audit, pening jugak la kepala nak menjawab dengan Pengarah tapi nasib baik la aku sudah siapkan hujah pembelaan awal-awal, salah satunya adalah rumah sembelih yang dimiliki oleh orang melayu kilang tu aku memang sokong la, cuma dia tak ada sijil VHM daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sahaja, tapi ada disertakan surat sokongan dari pihak JPH, jadi tak ada masalah untuk diluluskan, satu lagi kilang memang nak jugak guna bahan ramuan yang hanya ada spesifikasi produk sahaja, dah la tak berapa clear, tapi kira ok la cuma kena tunggu untuk dimasukkan dalam mesyuarat Panel Pengesahan Halal.....aku ingatkan hanya orang-orang kat sini la yang kaki repot heheh, kilang pun kaki repot jugak heheh, biasa la main kabel ni, memang dari dulu lagi kan.................................

Wednesday, October 29, 2008

Senarai hotel yang ada sijil halal

Tahukah anda bahawa di Malaysia setakat ini hanya ada 14 buah hotel sahaja yang telah mendapat sijil halal JAKIM(setakat ini) manakala dari Jabatan Agama Islam Negeri tidak termasuk dalam senarai di sini, antaranya adalah:-
1. Grand Palace Hotel/Miri.
2. Mayor Hotel Berhad Kuala Lumpur.
3. Metroplex Holding Sdn Bhd (Hotel Legend) Kuala Lumpur.
4. The Paramouth Hotel Sibu.
5. Grand Dorsett Hotel Labuan.
6. Tiara Labuan Hotel Labuan.
7. Grand Bluewave Shah Alam.
8. Hotel Putra Kuala Lumpur.
9. Ming Court Kuala Lumpur (Corus Hotel Kuala Lumpur).
10. Hotel Armada Petaling Jaya.
11. Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang.
12. Hotel Seri Malaysia Ipoh.
13. Hotel Seri Malaysia Taiping.
14. Hotel Seri Malaysia Penang.

Inisiatif untuk menulis berkaitan dengan hotel ini adalah kerana terasa sedikit terkilan dengan program-program yang dianjurkan sebelum ini dibuat di hotel-hotel yang tidak mendapat pensijilan halal Malaysia, yang mana kita ketahui bahawa status halal mereka adalah diragui.

Tuesday, October 28, 2008

Tetamu International halal dialog




26/10/08 dari pagi sampai ke malam kami ditugaskan menyambut tetamu dari Turkey, German dan US, tapi sedikit rasa sedih sebab, pihak Pentadbiran tak akan membayar untuk LIMO dan juga lain-lain perkhidmatan untuk menyambut tetamu, dah la last-last minit diberitahu pada mereka, mujur para tetamu yang kami sambut tu dah pun ada kawan dan juga orang dari kedutaan yang datang menyambut, kemudian kami membuat keputusan untuk menggunakan kereta sendiri, tapi mereka semua sudahpun ada orang yang akan datang menyambut mereka, bukan apa orang datang dari jauh, maka perlu la kita tolong, tak sampai hati kami, kalau diikutkan memangla pihak Pentadbiran tak akan bayar untuk mereka, lagipun yang datang tu adalah badan-badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM dulu, secara kesimpulannya kalau tak ada duit nak buat program ataupun kedekut baik jangan buat nanti menyusahkan orang saja.

Wednesday, October 22, 2008

Fikir-fikirkanlah

Baca dan nilai sendiri la kawan-kawan kenyataan yang dibuat oleh menteri kita! betul ke tak?

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Sektor perhotelan digalak memohon sijil halal yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dalam usaha menarik lebih ramai pelancong khususnya dari Asia Barat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehubungan itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) telah membuat koordinasi bagi menentukan hotel mendapat sijil halal.

Aspek yang diambilkira dalam pemberian sijil itu katanya, adalah makanan, penyediaan makanan dan perkhidmatan hospitaliti yang lain.

''Lebih banyak hotel yang memohon sijil halal itu, ia akan membawa imej baik yang menarik minat pelancong khususnya dari Asia Barat.

''Kita melihat ada perubahan paradigma yang melihat produk halal bukan sahaja popular di kalangan penduduk beragama Islam tetapi juga pelancong luar," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen.

Ahmad Zahid berkata, pemberian sijil halal kepada hotel-hotel tidak dibuat berdasarkan taraf bintang hotel berkenaan tetapi bergantung pada hasil pemantauan yang dilakukan secara teliti oleh pegawai-pegawai Jakim dan HDC.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengeluaran sijil halal semakin mendapat sambutan dan mencatatkan peningkatan 30 peratus sejak proses pensijilan itu diambil alih oleh HDC.

Katanya, dalam tempoh Jun hingga pertengahan Oktober lalu, sebanyak 525 sijil halal dikeluarkan kepada pengeluar produk halal di Malaysia dan 10 sijil kepada syarikat antarabangsa.

Beliau berkata, selain menyerapkan pegawai-pegawai Unit Halal Jakim, HDC turut menggunakan sepenuhnya makmal di Cyberjaya bagi mengaplikasi kaedah saintifik dalam proses menentukan status halal produk sebelum sijil dikeluarkan.

Letak jawatan

Semalam genap 2 hari kami menghantar surat perletakan jawatan dan juga sain perjanjian tidak bersetuju, semalam jugalah kami dihubungi agar mempertimbangkan semula keputusan tersebut, katanya siapa yang akan buat kerja-kerja ni, ape yang ustaz-ustaz tak puas hati ni, pasal gaji ker? pasal kuarters ker? kalau pasal kuarters kami akan bincangkan balik potongan tersebut, jawapan kami senang aje, terima kasih kepada majikan kami yang telah memberikan peluang kepada kami untuk bekerja di sini lebih kurang 4 bulan secara rasmi dan tak rasmi 6 bulan terima kasih banyak-banyak atas jagaan dan kerjasama yang diberikan,....mungkin selepas ini kami akan dipanggil untuk memberikan penjelasan.....tak kisahlah...tunggu la nanti apa akan berlaku? kita tunggu episod seterusnya!

Ingin pulang

Baru-baru ini kami ada berkunjung ke rumah ibu bapa kami dengan tujuan ingin pindah balik ke rumah asal kami, yang ada hari tu Tn Hj Murad Pengarah Bhg Pentadbiran selain itu ada la jugak KPP Pentadbiran dan juga Pn Syarifah Bhg Pentadbiran, tak sangka la samapi semua turun, bukan apa hajat hanya nak serahkan surat tukar dan dokumen berkaitan kepada En Hakim sahaja, tapi semua turun bila saja kami mohon untuk bertemu, nampaknya sedikit kesulitan dihadapi kami, terpaksa tunggu sehingga setahun katanya lepas setahun baliklah kalau nak balik, jangan ingkar arahan menteri katanya..... jika ingin kembali jugak perlu mengadap ayahanda tercinta, walaupun jawapan yang diberikan tidak menggembirakan kami tapi hati cukup lega kerana mereka sebenarnya tahu dan faham masalah yang kami hadapi, mereka pun sebenarnya tersepit antara anak sendiri menantu dan juga datuk.........maka kami pun balik merangka strategi seterusnya.....

Friday, October 17, 2008

Bukan di sini

Aku sudah membuat keputusan yang dirasakan penting , aku rasa sudah cukup untuk aku berada di sini, surat sudah pun disediakan borang pun menunggu untuk ditandatangani, jalan yang terbaik adalah keluar dari sini..........sedih...........tu pun jika terfikirkan kawan-kawan yang membuat aku senyum dan ketawa........thnks semua