Wednesday, October 29, 2008
Senarai hotel yang ada sijil halal
1. Grand Palace Hotel/Miri.
2. Mayor Hotel Berhad Kuala Lumpur.
3. Metroplex Holding Sdn Bhd (Hotel Legend) Kuala Lumpur.
4. The Paramouth Hotel Sibu.
5. Grand Dorsett Hotel Labuan.
6. Tiara Labuan Hotel Labuan.
7. Grand Bluewave Shah Alam.
8. Hotel Putra Kuala Lumpur.
9. Ming Court Kuala Lumpur (Corus Hotel Kuala Lumpur).
10. Hotel Armada Petaling Jaya.
11. Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang.
12. Hotel Seri Malaysia Ipoh.
13. Hotel Seri Malaysia Taiping.
14. Hotel Seri Malaysia Penang.
Inisiatif untuk menulis berkaitan dengan hotel ini adalah kerana terasa sedikit terkilan dengan program-program yang dianjurkan sebelum ini dibuat di hotel-hotel yang tidak mendapat pensijilan halal Malaysia, yang mana kita ketahui bahawa status halal mereka adalah diragui.
Tuesday, October 28, 2008
Tetamu International halal dialog
26/10/08 dari pagi sampai ke malam kami ditugaskan menyambut tetamu dari Turkey, German dan US, tapi sedikit rasa sedih sebab, pihak Pentadbiran tak akan membayar untuk LIMO dan juga lain-lain perkhidmatan untuk menyambut tetamu, dah la last-last minit diberitahu pada mereka, mujur para tetamu yang kami sambut tu dah pun ada kawan dan juga orang dari kedutaan yang datang menyambut, kemudian kami membuat keputusan untuk menggunakan kereta sendiri, tapi mereka semua sudahpun ada orang yang akan datang menyambut mereka, bukan apa orang datang dari jauh, maka perlu la kita tolong, tak sampai hati kami, kalau diikutkan memangla pihak Pentadbiran tak akan bayar untuk mereka, lagipun yang datang tu adalah badan-badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM dulu, secara kesimpulannya kalau tak ada duit nak buat program ataupun kedekut baik jangan buat nanti menyusahkan orang saja.
Wednesday, October 22, 2008
Fikir-fikirkanlah
Baca dan nilai sendiri la kawan-kawan kenyataan yang dibuat oleh menteri kita! betul ke tak?
KUALA LUMPUR 21 Okt. - Sektor perhotelan digalak memohon sijil halal yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dalam usaha menarik lebih ramai pelancong khususnya dari Asia Barat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehubungan itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) telah membuat koordinasi bagi menentukan hotel mendapat sijil halal.
Aspek yang diambilkira dalam pemberian sijil itu katanya, adalah makanan, penyediaan makanan dan perkhidmatan hospitaliti yang lain.
''Lebih banyak hotel yang memohon sijil halal itu, ia akan membawa imej baik yang menarik minat pelancong khususnya dari Asia Barat.
''Kita melihat ada perubahan paradigma yang melihat produk halal bukan sahaja popular di kalangan penduduk beragama Islam tetapi juga pelancong luar," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen.
Ahmad Zahid berkata, pemberian sijil halal kepada hotel-hotel tidak dibuat berdasarkan taraf bintang hotel berkenaan tetapi bergantung pada hasil pemantauan yang dilakukan secara teliti oleh pegawai-pegawai Jakim dan HDC.
Dalam pada itu, beliau berkata, pengeluaran sijil halal semakin mendapat sambutan dan mencatatkan peningkatan 30 peratus sejak proses pensijilan itu diambil alih oleh HDC.
Katanya, dalam tempoh Jun hingga pertengahan Oktober lalu, sebanyak 525 sijil halal dikeluarkan kepada pengeluar produk halal di Malaysia dan 10 sijil kepada syarikat antarabangsa.
Beliau berkata, selain menyerapkan pegawai-pegawai Unit Halal Jakim, HDC turut menggunakan sepenuhnya makmal di Cyberjaya bagi mengaplikasi kaedah saintifik dalam proses menentukan status halal produk sebelum sijil dikeluarkan.