Sunday, September 21, 2008

Salam takziah

Takziah buat kawan sepejabat Siti Irfah Md Ishak juga suami dan anak yang mengalami kemalangan pada pada 17 sept baru-baru ini, marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau sekeluarga segera sembuh.....Amin

Majlis berbuka puasa




Pada 17 sept 08 di adakan majlis sambutan berbuka puasa HDC dan juga MOU dengan Mydins M Sdn Bhd di Hotel Shang Ri La......turut diundang dalam majlis itu juga orang-orang tua dari rumah kebajikan dan juga anak-anak yatim dari beberapa buah rumah kebajikan....selain itu dalam majlis tersebut juga diadakan juga majlis penyerahan cek bernilai RM 25000 bagi setiap rumah kebajikan dan juga barangan keperluan harian dari Mydin.....

Monday, September 15, 2008

Pergi ker tak

Hari ni kecoh pulak budak-budak kat ofis ni nak pergi ke tak Majlis berbuka puasa pada 17hb ni dekat satu hotel yang tak boleh di bagitau namanya dkt ibu kota, tkt gak kang tak pasal2 aku kena saman pulak, yang mana hotel tu memang syubhah la, halal pon ada n non halal pon ada,ala baru jer kena audit dengan kami hehe, tak pegi pon tk kena gi pon tak kena.....kenapa la yang diorang buat dkt situ kn banyak lagi hotel2 yang da pegang sijil halal JAKIM oppss HDC yang boleh buat majlis tu......nak buat majlis baru la sibuk nak gi audit ...ni yang tak puas hati ni.....pergi ke tak ek?

Perpisahan terasing
















Baru-baru ni ada la kami buat majlis perpisahan terasing antara kitaorang, nama tersebut dibuat sempena kawan-kawan yang akan kembali ke KKM la, sedih la jgk tapi nak buat mcm mana sudah suratan takdir, kepada yang dah kembali ke KKM selamat maju jaya laa....jgn lupe kawan-kawan yang kat hub halal sini.......



Sunday, September 14, 2008

Claim kena potong

Hmm geram rasanya bila terkenangkan claim bulan 7 baru-baru ni, rasa geram ada nak mengamuk pun ada, nasib baik la aku ni penyabar orangnya heheh,mana taknya bila kena potong tanpa belas kasihan oleh Bahagian kewangan, ni mesti tak fikir susah payah kami guna kerata sendiri pergi audit serata Malaysia, nak potong tanya la dulu, tak kira lagi dengan sesat n nak servis kereta tu, semua pakai duit la, kira punya kira tak ada jgk untung la keluar audit ni, tapi nak buat macam mana terpaksa la bersabar, ni nak kena tgk claim bulan 8 kalau potong jgk mesti meletup la nanti......kawan-kawan semua harap sabar la ek....